PROGRAM Perkampungan Khaira Ummah anjuran Pejabat TKM 1 dengan kerjasama Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya yang bermula pada 10 hingga 12 Mac lalu berlangsung meriah dengan pelbagai program diadakan.
Objektif utama program itu diadakan ialah untuk meremajakan masjid yakni dengan mengadakan aktiviti-aktiviti di luar dan dalam masjid yang boleh menarik minat golongan remaja mendekati masjid seperti alunan berselawat, forum, ceramah dan futsal serta cabutan bertuah berupa motosikal.
Menurut Koordinator Sekretariat Khaira Ummah merangkap Pengarah Program Perkampungan Khaira Ummah 2030, Syed Mikael Rizal Adid, program tersebut adalah sebahagian siri jelajah ke setiap masjid-masjid sambil menghebahkan kepada masyarakat setempat tentang pelan pembangunan Islam 10 tahun Pulau Pinang yang dirangka oleh pihak kerajaan negeri melalui platform sekretariat khaira ummah yang terdiri daripada 11 agensi-agensi Islam Pulau Pinang. – UTUSAN