Profesor universiti awam direman lima hari - Utusan Malaysia

Profesor universiti awam direman lima hari

Profesor
SUSPEK tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah SSAAS bersama SPRM untuk mendapatkan perintah reman daripada Mahkamah Majstret, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret membenarkan reman selama lima hari sehingga Isnin terhadap seorang pensyarah berpangkat profesor dekat sebuah universiti awam bagi membantu siasatan penyelewengan keuntungan berjumlah RM30,000.

Majistret, Nur Faizah Abdul Sani membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pensyarah yang memegang jawatan timbalan pengarah di universiti bberkenaan.

Terdahulu, suspek berusia 40-an dilihat tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM serta diiringi dua anggota pasukan penguatkuasa berkenaan.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan suspek yang berpangkat profesor ditahan SPRM setelah hadir ke ibu pejabat SPRM Selangor pada pukul 3.30 petang semalam.

Profesor bergred Jusa C itu dipercayai menyeleweng wang universitinya yang berjumlah RM30,000 hasil keuntungan program konferensi antarabangsa anjuran institusi berkenaan.

Menurut sumber, pensyarah berusia 40-an itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada Ogos 2021 dan suspek dikatakan membuat keputusan sendiri untuk memasukkan wang keuntungan program berkenaan ke dalam akaun bank peribadi miliknya sendiri.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya