Primula Beach Hotel sumbang RM5,000 kepada MAKNA - Utusan Malaysia

Primula Beach Hotel sumbang RM5,000 kepada MAKNA

AWIE sedang membuat persembahan pada majlis makan amal di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/PUTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Primula Beach Hotel di sini memberi sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) hasil penganjuran majlis makan malam amal bersama penyanyi terkenal, Datuk Awie, malam tadi.

Pengurus Besar hotel tersebut, Suaibah Harun berkata, penganjuran majlis makan malam itu mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 400 individu yang menyokong inisiatif tersebut.

“Primula berhasrat untuk meneruskan lagi program seumpama ini pada masa akan datang untuk membantu pesakit kanser dari segi kewangan dan sokongan emosi.

“Sedikit sumbangan ini diharap dapat mengembalikan semula senyuman pesakit kanser untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tabah,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam amal di Primula Beach Hotel, di sini, malam tadi.

Antara lagu hits yang dipersembahkan oleh Awie ialah Sejati, Di Penjara Janji, Iris dan Terima Kasih.

Sementara itu, Awie ketika membuat persembahan berkata, beliau terharu kerana dapat membantu kelangsungan hidup pesakit kanser melalui majlis makan malam amal tersebut.

“Melalui nyanyian, saya dapat menghiburkan peminat dan membantu golongan kurang bernasib baik dengan sedikit bakat yang ada,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.