Polis sahkan bungkusan diterima Anwar, Rafizi sebagai ubat gigi - Utusan Malaysia

Polis sahkan bungkusan diterima Anwar, Rafizi sebagai ubat gigi

Mercun
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bungkusan yang diterima pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang didakwa mengandungi barang terlarang disahkan sebagai ubat gigi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beliau mengesahkan bahan tersebut selepas polis menjalankan ujian makmal terhadap parcel berkenaan.

“Kini, kami sedang mencari pihak yang menghantar bungkusan tersebut dan kita percaya bungkusan tersebut dihantar oleh individu sama dan warga tempatan,” katanya dalam sidang akhbar Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Utusan Malaysia pada dua minggu lalu melaporkan polis merampas satu bungkusan disyaki berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik yang berada dalam kerajaan.

Bungkusan itu dirampas selepas polis membuat serbuan ke atas sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya