Polis rekod keterangan pengarah, pelakon Mentega Terbang

Polis rekod keterangan pengarah, pelakon Mentega Terbang

Mentega Terbang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis sudah merekodkan keterangan pengarah dan salah seorang pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang.

Kedua-dua mereka yang dipanggil iaitu Khairi Anwar Jailani dan pelakon Arjun Thanaraju.

Khairi ketika ditemui media berkata, pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya dan menjawab semua soalan diajukan polis.

Beliau berkata, pembikin filem harus diberikan kebebasan untuk menonjolkan kreativiti mereka.

“Tugas kami sebagai pembikin filem adalah untuk mengetengahkan isu semasa, dan kebebasan bersuara kami tidak seharusnya dikawal,” katanya.

Kedua-dua mereka diwakili Peguam Zaid Malek berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

“Siasatan juga mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

‘Mentega Terbang’ yang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan juga artis,” jelasnya.

Difahamkan, filem  ini berada dalam talian sejak 2021.

Menteri Hal Ehwal Agama Na’im Mokhtar sebelum ini berkata, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyemak kandungan filem itu dan mendapati ia bertentangan akidah Islam.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, platform aplikasi penstriman Viu mengeluarkan filem kontroversi itu pada 27 Februari lalu.

SKMM berkata, pihaknya komited bekerjasama dengan Jakim bagi memantau kandungan bercanggah dengan ajaran Islam. –utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya