PM tiba di Arab Saudi - Utusan Malaysia

PM tiba di Arab Saudi

ANWAR Ibrahim dan rombongan tiba di Arab Saudi disambut Putera Saud Abdullah Jalawi Al Saud. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jeddah, Arab Saudi bagi memulakan lawatan rasmi hingga Jumaat, 24 Mac atas jemputan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Lawatan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu dan kerjasama sedia ada di samping meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu.

“Semoga lawatan ini akan terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara, insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan.

Ketibaan beliau disambut oleh Gabenor Jeddah, Putera Saud Abdullah Jalawi Al Saud.

Beliau diiringi oleh isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri dijadual menghadap Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman.

Anwar juga dijangka mengadakan sesi pertemuan bersama komuniti perniagaan serta diaspora Malaysia di Arab Saudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya