Petisyen calon PH ditolak, Shahelmey kekal Ahli Parlimen Putatan

Petisyen calon PH ditolak, Shahelmey kekal Ahli Parlimen Putatan

SHAHELMEY YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini menolak dan membatalkan petisyen untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Putatan.

Kerusi Parlimen Putatan dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahelmey Yahya yang memperoleh 16,234 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Awang Husaini Sahari yang memperoleh 16,110 undi.

Shahelmey, yang juga Timbalan Ketua Menteri itu menang dengan majoriti 124 undi dalam persaingan empat penjuru.

Hakim Wong Siong Tung menolak dan membatalkan petisyen yang difailkan calon PH, Awang Husaini menerusi prosiding yang diadakan secara dalam talian (zoom).

Mahkamah turut memerintahkan Awang Husaini membayar kos berjumlah RM10,000 kepada Shahelmey.

Dalam keputusannya, Hakim memaklumkan petisyen itu difailkan di luar waktu yang dibenarkan iaitu 28 hari mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Awang Husaini menamakan Shahelmey sebagai responden pertama manakala, responden kedua dan ketiga masing-masing adalah Pegawai Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Shahelmey diwakili peguam, Datuk Marzuki Spawi, Saiful Azian Mokhtar, Rizwandean Bukhary M. Borhan dan Hassan Murtaza.

Sementara itu, Awang Husaini pula diwakili oleh peguam, Nelson W. Angang, Arthur Bonnie @ Borine dan Chuan Kua E.

Kes dikendalikan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Prosiding dilakukan melalui aplikasi zoom bermula pada 2 Mac hingga hari ini.

Awang Husaini memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU-15 bagi kerusi Parlimen Putatan pada Disember tahun lalu. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN