KUALA LUMPUR: Seorang hos sukarela sebuah kelab komedi mendakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, Siti Nuramira Abdullah menyentuh isu agama ketika membuat persembahan komediri sehingga mengejutkan pengunjung premis itu. Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, 26, mendakwa, wanita tersebut menggunakan kata-kata kesat sehingga menimbulkan reaksi bercampur dalam kalangan pengunjung menyebabkannya terpaksa meneutralkan keadaan. Menceritakan kejadian yang berlaku pada 4 Jun 2022, saksi pendakwaan pertama itu berkata, dia dimaklumkan ada pasangan bernama Alex dan Amira (Amy) yang memperkenal diri sebagai suami isteri berhasrat membuat persembahan. Jelas pereka grafik itu, selaku hos di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya