Pergelutan operasi tangkap anjing: 9 individu dirakam keterangan

Pergelutan operasi tangkap anjing: Sembilan individu dirakam keterangan

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini telah memanggil sembilan individu berhubung kejadian pergelutan antara anggota penguat kuasa dan orang awam ketika operasi tangkapan anjing liar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Taman Kanagapuram di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua individu termasuk termasuk orang awam sudah memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Polis kini dalam proses untuk melengkapkan siasatan dan akan dimajukan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Polis tidak akan mendedahkan hasil siasatan dan akan memaklumkan kepada media sekiranya terdapat sebarang pertuduhan,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, media melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung pergelutan antara anggota penguat kuasa MBPJ dan orang awam ketika operasi tangkapan anjing liar di Taman Kanagapuram, di sini selepas video tular menunjukkan warga emas dipercayai pemilik haiwan terbabit cedera.

Pihak polis menerima laporan daripada seorang anggota penguat kuasa yang terlibat dalam operasi itu pada 10 pagi.

Ketika operasi dijalankan, seorang lelaki didakwa cuba melindungi anjing liar dengan memasukkan haiwan itu ke dalam premisnya.

Pasukan penguat kuasa cuba menghalang lelaki itu daripada menutup pintu premis, namun gagal kerana dihalang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya