Perbuatan khianat babit kru penerbitan melibatkan suspek sama

Perbuatan khianat babit kru penerbitan melibatkan suspek sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbuatan khianat ke atas kenderaan milik dua kru penerbitan filem Mentega Terbang masing-masing di Kajang dan Ampang dekat sini, semalam dipercayai didalangi suspek sama.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kedua-dua kejadian itu berlaku pada hari sama, namun berlainan masa dengan menggunakan modus operandi serupa.

Beliau turut mengesahkan dua laporan polis dibuat pengadu berlainan membabitkan dua lokasi kejadian berbeza itu.

Mengulas lanjut, katanya, kejadian pertama berlaku di tempat letak kereta terbuka di Taman Dagang Jaya di Ampang kira-kira pukul 6.30 pagi semalam.

“Pengadu memaklumkan keretanya jenis Proton Saga disimbah cat, selain menjumpai helaian kertas nota ditinggalkan berdekatan dengan kereta.

“Helaian nota ditinggalkan suspek itu mengandungi tulisan perkataan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu,” katanya sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, kejadian kedua pula berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi di Kajang dan pengadu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira pukul 7 pagi.

Kata beliau, kenderaan mangsa dibaling plastik lutsinar berisi cecair cat. 

“Pengadu turut menemukan satu sampul surat warna putih yang ditulis perkataan berunsur ugutan jenayah.

“Dalam kes ini juga, pengadu menerima mesej berunsur ugutan jenayah terhadap diri dan keluarganya melalui telefon,” jelasnya.

Hussien berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat.

Dalam pada itu, Hussein menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan negara serta tidak mengambil sebarang tindakan atau perbuatan yang melanggar undang-undang.

Media sebelum ini melaporkan kenderaan milik Khairi Anwar Jailani dan Arjun Thanaraju yang juga pengarah dan penulis skrip Mentega Terbang disimbah cat dan asid.

Turut tular foto lima keping nota termasuk ugutan bunuh, selain dua kereta milik mangsa dengan kesan simbahan asid dan cat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya