Perak janjikan kemenangan - Utusan Malaysia

Perak janjikan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC menjanjikan kemenangan pertama musim ini apabila turun bertemu Kuching City FC dalam saingan Liga Super 2023 di sini esok.

Janji itu dibuat oleh Pengerusi XOX Sdn Bhd, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, pasukan itu akan terus berjuang mencari kemenangan sulung untuk para penyokong.

“Kami mahu kembalikan zaman gemilang di mana stadium dibanjiri dengan warna kuning.

“Menentang Kuching City FC, kami akan turun berjuang habis habisan untuk pastikan para penyokong pulang dengan bangga, gembira

“InsyaAllah kemenangan untuk anda penyokong Perak FC,” kata Abdul Azim.

Mengenai kekalahan kepada Pahang sebelum ini, Azim berkata, Perak boleh berbangga kerana tewas tipis menerusi jaringan pada minit akhir perlawanan.

Menurutnya, perlawanan itu merupakan persembahan terbaik sejak mereka mengambil alih kelab malah hampir melakukan kejutan, tetapi akhirnya kredit kepada Sri Pahang FC yang terus berjuang sehingga wisel penamat.

“Saya yakin pemain akan belajar daripada ini dan bangkit dengan lebih kuat.

“Saya berharap penyokong Gaurus terus memberi sokongan padu seperti yang berlaku dalam dua perlawanan lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.