Penyokong PN berkumpul di SPRM tanda sokong Muhyiddin

Penyokong PN berkumpul di SPRM tanda sokong Muhyiddin

ANTARA penyokong Muhyiddin Yassin yang berkumpul di luar ibu pejabat SPRM, Putrajaya. pagi tadi - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 50 penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di hadapan bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sejak pukul 9 pagi tadi bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka hadir memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berhubung kes rasuah Jana Wibawa.

Turut kelihatan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor serta Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Muhammad Suhaimai Yahya.

Kebanyakan penyokong yang hadir memakai baju putih tertera gambar wajah Muhyiddin sebagai tanda solidariti kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Ketika ini, keadaan agak terkawal dan beberapa anggota polis dilihat membantu mengawal aliran trafik dan penyokong yang hadir.

Pada masa sama, lebih 50 pengamal media turut hadir membuat liputan di hadapan bangunan SPRM itu.

Semalam, Muhyiddin dalam Facebook beliau mengesahkan akan hadir ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi.

Sebelum ini, beberapa media dan portal berita melaporkan bahawa Muhyiddin mungkin ditahan dan didakwa SPRM dalam masa terdekat.

Difahamkan, pertuduhan akan dikenakan terhadap pemimpin parti itu dipercayai berkaitan siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Pada 23 Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri tersebut berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), dan kertas siasatan masih belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, pada 18 Februari lalu, Muhyiddin berkata, beliau dipanggil SPRM untuk membantu siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima Bersatu daripada projek terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya