Penumpang kecewa, bas ekspres laluan Seremban-KL sering lewat

Penumpang kecewa, bas ekspres laluan Seremban-KL sering lewat

PENUMPANG menunggu bas seawal pukul 6 pagi di Stesen Bas Terminal 1, Seremban untuk ke tempat kerja mereka di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiba di stesen bas seawal pukul 6 pagi namun hanya dapat menaiki bas pada pukul 7 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 8.40 pagi.

Itu situasi yang sering dialami penumpang bas ekspres laluan Seremban-Kuala Lumpur yang sering mengalami masalah kelewatan.

Seorang penumpang bas ber­kenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Azam, 40, berkata, masalah tersebut turut dialami mereka ketika pulang dari tempat kerja dari Kuala Lumpur ke Seremban.

“Setiap hari kami sampai se­awal pukul 6 pagi di Stesen Bas Terminal 1 tetapi bas yang dinanti kerap tiba lewat. Setiap bulan boleh dikatakan lebih lima kali saya terlewat masuk ke pejabat hanya kerana bas gagal tiba pada waktu sepatutnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia berkata, penumpang dan pihak pengurusan syarikat bas ekspres yang mengendalikan perjalanan untuk laluan tersebut mempunyai kumpulan WhatsApp bersama dan di situlah para penumpang menyatakan rasa tidak puas hati.

Bagaimanapun, pihak syarikat bas tidak endah kekecewaan penumpang dengan perkhidmatan yang diberikan dan masalah terus berlarutan sekian lama.

“Kami memang terkilan kerana ada di antara kami yang membayar pas secara bulanan namun perkhidmatan yang diterima cu­kup mengecewakan.

“Kekerapan lewat mengambil penumpang menyebabkan kami sampai ke rumah pada pukul 9 malam setiap hari. Bayangkan terpaksa menunggu bas hampir dua jam untuk pulang ke Seremban.

“Pihak syarikat bas sering memberikan alas pemandu bas tidak cukup, bas tidak cukup untuk mengambil penumpang dan pemandu bas tidak sihat,” ujarnya.

Lebih mengecewakan kami tidak dimaklumkan jika berlaku kelewatan bas sehinggalah ada yang bertanya di dalam kumpulan WhatsApp itu,” katanya yang sudah berulang ke tempat kerja di ibu negara selama 10 tahu menggunakan bas.

Seorang penumpang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Angah berkata, kemungkinan faktor itu sahaja syarikat bas yang menjalankan perkhidmatan untuk laluan tersebut menyebabkan pihak pengurusan bersikap sambil lewa dan akhirnya menyusahkan penumpang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN