Pengurangan defisit menjelang 2025 tidak jejaskan ekonomi rakyat

Parlimen: Pengurangan defisit menjelang 2025 tidak jejaskan ekonomi rakyat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sasaran pengurangan defisit kepada 3.2 peratus menjelang tahun 2025 mampu dilaksanakan tanpa menyentuh atau menjejaskan kebajikan rakyat menerusi kenaikan hasil pendapatan negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendapatan negara dijangka boleh ditingkatkan menerusi kutipan cukai yang dikatakan meningkat sejak dua hingga tiga bulan lalu. 

Jelas Anwar, bantuan-bantuan kepada rakyat khususnya miskin tegar, pesawah padi dan penoreh getah telah ditambah atas tujuan membantu ekonomi mereka. 

“Hasil 2023, walaupun unjuran kita RM272.5 billion, hasil kita RM291 billion, jadi dari segi anggaran dengan keadaan sekarang ialah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 dan 2023 ada peningkatan dari segi peningkatan hasil. 

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  mengunjurkan jumlah yang lebih termasuk orang bayar cukai sekarang  lebih bertanggungjawab dalam tempoh dua tiga bulan ini umpamanya. Penambahan hasil LHDB ketara, harga minyak meningkat dan ketiganya, hasil yang tidak disebut dalam belanjawan, yang diperoleh dari Petroleum Investment Company (IPIC),” katanya semasa Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri. 

Selain itu beliau turut menjelaskan penjimatan berlaku untuk perbelanjaan berhubung Kumpulan Wang Covid-19. 

“Kumpulan Wang Covid-19 pada 2022, kita berbelanja RM31 billion dan untuk tahun ini, kita belum belanja apa-apa lagi untuk Covid-19. 

“Hasil untuk 2023 dijangka melebihi kerana dari dana IPIC itu US$1.8 billion, jadi bagi kerajaan jumlah ini adalah munasabah,” jelasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Taufiq Abdul Johari bertanya berkenaan sasaran pengurangan defisit daripada 5.6 peratus tahun 2022 kepada 3.2 peratus tahun 2025 seperti yang dibentangkan dapat dicapai tanpa menjejaskan kebajikan rakyat dan pembangunan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.