Pengarah syarikat pembinaan projek MRT2 dituduh rasuah, gubah wang haram - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat pembinaan projek MRT2 dituduh rasuah, gubah wang haram

MRT2
G. Paismanathan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah dan gubah wang haram berjumlah RM6.31 juta, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah projek Mass Rapit Transit 2 (MRT2) dan satu penggubahan wang haram berjumlah keseluruhan RM6.31.

Tertuduh G. Paismanathan, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan yang dilakukan antara 2017 hingga 2018 selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Dalam pertuduhan rasuah, Paismanathan didkawa memberikan suapan berjumlah SGD 655,766 (RM2juta) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd., Datuk Seri Shahril Mokhtar menerusi seorang lelaki berusia 45 tahun.

Tujuan tersebut diharapkan dengan balasan memastikan syarikat Colas Rail System Engineering Sdn. Bhd. yang diambilalih oleh syarikat Pestech Technology Sdn. Bhd. meneruskan projek MRT2 iaitu Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang bernilai RM693,034,609.32.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Melawati, Gombak dekat sini pada 28 Disember 2017 dan 9 Januari 2018.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Selain itu, Paismanathan juga dituduh memindahkan wang tunai hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM4.13juta daripada akaun bank milik Colas Rail System Engineering Sdn. Bhd. ke akaun lain milik Siaz Holding Berhad.

Kesalahan itu dilakukan antara 16 November dan 27 Disember 2017 dekat sebuah bank di Taman Subang Perdana dengan pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta yang sama.

Bagi kesalahan itu boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad  Khairuddin dan Irna Julieza Maaras manakala tertuduh diwakili Peguam K. Ragunath.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM500,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes pada 19 April depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya