Penganjuran ‘Thai Hot Guy’ tidak sesuai dengan budaya rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Penganjuran ‘Thai Hot Guy’ tidak sesuai dengan budaya rakyat Malaysia

SAIFUL Fariddil Jasmi (empat dari kanan) mewakili Pemuda UMNO Bahagian Kangar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar bagi membantah penganjuran acara pembukaan bar menampilkan kumpulan Thai Hot Guy.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Penganjuran acara pembukaan bar menampilkan kumpulan Thai Hot Guy disifatkan sebagai tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat di negara ini.

Sekiranya penganjuran acara itu diteruskan, ia bakal menimbulkan sentimen negatif dalam kalangan masyarakat dan bertentangan dengan undang-undang Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Saiful Fariddil Jasmi berkata, acara yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac depan tidak sesuai untuk dilaksanakan memandangkan ketika itu umat Islam sedang menjalani ibadah puasa bersempena bulan Ramadan.

“Oleh demikian, Pemuda UMNO Bahagian Kangar membantah keras penganjuran acara berkenaan yang bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, hari ini berhubung penganjuran berkenaan.

Isnin lepas, tular hantaran mengenai penganjuran program Thai Hot Guy itu di laman sosial yang merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki ‘sado’ berpakaian wanita di sebuah bar sekitar Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.

Susulan penularan itu, beberapa pihak tampil mengecam penganjuran acara berkenaan yang disifatkan bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mendapati lesen kelab hiburan yang didakwa mempromosikan aktiviti tidak bermoral itu telah tamat tempoh.

Malah, premis berkenaan yang dilesenkan sebagai restoran itu turut tidak mempunyai lesen hiburan dan tidak mengemukakan sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan.

Dalam pada itu, Saiful berkata, Pemuda UMNO Bahagian Kangar juga berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang terlibat dengan penganjuran acara berkenaan.

“Kesan kepada penganjuran acara sebegini adalah sangat besar dan boleh mencalarkan imej Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya