Penduduk pertahan tanah adat hingga direman polis

Penduduk pertahan tanah adat hingga direman polis

PENDUDUK tiga daerah berarak di luar Pejabat JTU Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kira-kira 2,500 penduduk dari tiga daerah menggesa Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah tampil memberi penjelasan mengenai status permohonan tanah adat mereka.

Penduduk lapan kampung di tiga daerah iaitu Sapulut, Nabawan; Ranau dan Kunak itu rasa seperti teraniaya dan merempat di tanah sendiri.

Wakil penduduk Sapulut, Nabawan, Muhammad Fadhli Starong Abdullah, 50, berkata, demi mempertahankan tanah yang diusahakan sejak hampir 40 tahun lalu, mereka sanggup ditahan dan direman.

MUHAMMAD FADHLI STARONG ABDULLAH

Sehingga kini, lapan penduduk kampung telah ditahan dan direman sejak mereka bertegas menuntut hak pemilikan tanah di enam kampung itu iaitu Kampung Koyoon, Kampung Kainggalan, Kampung Tonomon (A)(C), Kampung Kukuamas, Kampung Bigor dan Kampung Bukokoh.

“Pemilihan tanah itu adalah hak kami maka, kami tidak gentar dengan ancaman pihak tertentu yang cuba merampas hak kami selaku penduduk kampung.

“Permohonan tanah itu telah dipohon sejak 1980-an namun, hanya sebahagian penduduk tersenarai dalam geran komunal atau geran berkelompok yang dikeluarkan pada tahun 2010. Sebahagian penduduk masih belum mendapat geran,” katanya selepas berarak di luar Ibu Pejabat JTU Sabah hari ini.

Pada 2018, kerajaan telah memansuhkan geran komunal yang diberikan pada 2010 dan menawarkan geran anak negeri kepada penduduk asal di enam kampung terlibat.

“Namun, kami agak terkejut apabila tahun lalu dimaklumkan pemansuhan geran komunal dibatalkan maka, pemberian geran anak negeri tidak akan diteruskan.

“Kini, seramai 1,000 penduduk bakal kehilangan tanah adat yang diteroka sejak berpuluh tahun lalu. Sebahagian tanah penduduk yang ditanam getah, buah-buahan dan padi bukit telah diambil oleh sebuah syarikat.

“Apabila penduduk cuba masuk ke kebun yang telah usahakan, kami dituduh sebagai penceroboh. Agak menyedihkan kerana penduduk kampung pula dianggap penceroboh sedangkan tanah itu milik kami,” katanya.

LEEF @ ANWAR MALANDI

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Montoki Ranau, Leef @ Anwar Malandi berkata, dia hairan apabila tanah yang dipohon sejak tahun 1989 tidak pernah diluluskan sebaliknya, syarikat luar pula mendapat hak ke atas pemilikan tanah itu pada 2001.

Katanya, penduduk kampung yang bersusah payah menanam sayur-sayuran tanah tinggi di Kampung Montoki, Mesilau itu dibiarkan merempat di tanah sendiri.

Kini, tambahnya, sebahagian kawasan telah dipagar oleh syarikat berkenaan maka, penduduk kampung tidak boleh memasuki kawasan tersebut.

“Saya sendiri pernah ditahan dan direman selama 14 hari kerana dikatakan menceroboh. Kami tidak akan berganjak kerana selaku penduduk asal, kami berhak mendapat pemilikan tanah tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya