Pelakon lelaki didakwa tumbuk isteri hingga cedera

Pelakon lelaki didakwa tumbuk isteri hingga cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat isteri seorang pelakon kerana mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Jinjang dekat sini.

Utusan Malaysia difahamkan, ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.

Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN