Pelajar pusat kemahiran maut motosikal rempuh lori

Pelajar pusat kemahiran maut motosikal rempuh lori

SEORANG pelajar maut kemalangan selepas motosikalnya hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 103.4, Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar sebuah pusat latihan kemahiran maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 103.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Mohammad Farhan Azhar, 22, yang merupakan pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kemaman, Terengganu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda RS150 ditunggangi mangsa dan lori jenis Daihatsu tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki ketika kedua-dua kenderaan itu dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan.

“Sebaik sampai lokasi kejadian motosikal mangsa yang ditunggang laju di lorong kecemasan hilang kawalan dan memasuki laluan kanan sebelum merempuh bahagian belakang lori berkenaan menyebabkan dia terjatuh di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zaidy, akibat kejadian itu mangsa yang berasal dari Penaga, Pulau Pinang maut serta merta di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan dalam kepala, manakala pemandu lori berusia 36 tahun dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa telah di hantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses saringan Covid-19 dan bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya