Parlimen: Rangkaian 5G sasar 80 peratus menjelang hujung 2023 - Utusan Malaysia

Parlimen: Rangkaian 5G sasar 80 peratus menjelang hujung 2023

LIPUTAN 5G semakin luas di negara ini. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat Februari tahun ini.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah tersebut, ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 54.7 peratus populasi di dalam kawasan berpenduduk, dengan sasaran 80 peratus di kawasan berpenduduk menjelang hujung tahun ini.

“Dengan capaian internet yang telah mencecah 97 peratus untuk kawasan berpenduduk, kita akan meneruskan usaha memastikan kualiti perkhidmatan internet akan disediakan dengan melihat isu seperti kelopongan liputan (potholes) bagi menambah baik Standard Kualiti dan Kualiti Pengalaman (QoS dan QoE) seperti di lebuh raya, dalam bangunan, dan di stadium,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Menteri itu dalam masa yang sama turut memaklumkan liputan baki tiga peratus kawasan berpenduduk akan menjadi fokus utama bagi inisiatif Pelan Jalinanan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 (2023-2025), termasuk empat ketersediaan sambungan gentian optik kepada sembilan juta premis di seluruh negara dapat dicapai pada penghujung 2025.

“Segala usaha memperkasakan kesalinghubungan dalam negara juga akan melibatkan penggunaan teknologi digital masa depan bagi memastikan rakyat dapat terus menikmati gaya hidup digital dalam memudahkan urusan seharian mereka secara dalam talian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya