Parlimen: Polis banyak alami tekanan, bunuh diri 

Parlimen: Polis banyak alami tekanan, bunuh diri 

SAIFUDDIN NASUITION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebanyakan warga polis mengalami tekanan dan cenderung membunuh diri disebabkan persekitaran tempat kerja serta status kesihatan.

Ia berdasarkan rekod kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai kesihatan mental anggota dan pegawainya. 

Memaklumkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia termasuk mengalami masalah penyesuaian di tempat baharu, gagal mengawal daya tindak diri, kesunyian kerana berjauhan dengan keluarga dan kekecewaan dalam perhubungan.

“Secara jujur dan terus terang kita akui kebelakangan ini ada kecenderungan dalam petugas polis yang bertindak membunuh diri, namun ia sudah dikesan seawal tahun 2015.

“Bagaimanapun, menerusi kajian penerokaan bunuh diri dalam kalangan warga polis untuk tempoh antara 2014-2018 terdapat tujuh kes bunuh diri, manakala tahun ini kita tahu ada kes bunuh isteri dan menembak diri sendiri.

“Jumlah ini masih dianggap kecil dan kes terpencil jika dibandingkan dengan 130,000 kekuatan anggota dengan tugas berat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Wan Hassan Mohd. Ramli (PN-Dungun) meminta kementerian menjelaskan mengenai langkah bagi memastikan isu kesihatan mental dapat dibendung dalam kalangan anggota polis, terutama yang memegang senjata api. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya