SHAH ALAM: Kemenangan Anggrek dan pengurusnya, Adira Suhaimi di pentas akhir Talk To My Manager (TTMM) musim kedua pada malam tadi menjadi penamat kepada teka-teki ramai berhubung siapakah pemilik gelaran juara program berkenaan.
Kemenangan itu menyaksikan Anggrek dan Adira membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.
Pada acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Anggrek yang mempersembahkan dua lagu, iaitu Aku Stacy (Stacy) dan Sutera (Aisha Retno) menewaskan empat finalis lain.
Sementara itu, Hussain bersama pengurusnya, Jamilullhayat meraih tempat kedua namun tampil dengan persembahan bertenaga ketika membawakan lagu dengan konsep persembahan memukau.
Pasangan ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 serta trofi.
Tidak cuma itu, Jamilulhayat juga meraih gelaran Pengurus Paling Perform dan beliau memilih hadiah misteri yang merupakan cruise travel pakej dan wang tunai RM1010.10.
Sementara itu, menduduki tempat ketiga ialah Cik B serta pengurusnya, Datuk Seri Vida sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.
Bukan sahaja wang tunai malah mereka turut membawa pulang hadiah berupa emas tajaan payang jewellery dan pakej penginapan tajaan Seri Facific Hotel Kuala Lumpur.
Selain itu mereka juga menerima peruntukan pegurusan dan pemasaran tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah single.
Tempat keempat diraih oleh Azeva serta pengurusnya Datuk A. Aida manakala tempat kelima menjadi milik Kim Khairii dan pengurusnya, Safura.
Masing-masing membawa pulang RM5,000 serta trofi.
Selain lima pasangan itu, TTMM2 turut berentap ialah Althe dan Nana Mahazan; Viviana dan Ani Mayuni; Fariedz Fazly dan Datuk Fazley Yaakob; Ammara dan Azad Jazmin serta Ratu dan Linda Jasmine.
TTMM2 dikendalikan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi dengan barisan juri tetap yang terdiri daripada Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal termasuk juri jemputan Hael Husaini.










