(PARLIMEN): `Pasar raya Rahmah' sedang diteliti kerajaan'

(PARLIMEN): `Pasar raya Rahmah’ sedang diteliti kerajaan’

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan pasar raya yang menjual barangan mampu milik, selepas Menu Rahmah yang diperkenalkan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mempunyai pasar raya seperti itu yang memberi banyak manfaat kepada golongan memerlukan.

“Insya-Allah, saya akan adakan lagi libat urus. Kita ramai bilionair dalam negara dan mengapa tidak mereka melabur dalam pasar raya ini, yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat

“Bagaimanapun, kenapa kita tidak cuba mewujudkan pasar raya yang mampu milik sebab kadang-kadang barangan ini, yang mahal adalah jenama tapi kualitinya tetap sama,” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai bagaimana Jualan Rahmah yang telah dilancarkan sebelum ini dilaksanakan selain inisiatif itu jika mendapat sambutan daripada pasar raya atau kedai di seluruh negara. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.