PARLIMEN: Parti politik mungkin boleh tubuh cawangan di kampus

PARLIMEN: Parti politik mungkin boleh tubuh cawangan di kampus

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti politik mungkin boleh menubuhkan cawangan di kampus universiti tersebut memandangkan pelbagai pindaan telah dilakukan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Menteri  Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan tersebut memandangkan  pelbagai pindaan telah dilakukan meliputi aspek kegiatan pelajar, urus tadbir universiti dan lain-lain.

“Memang kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik di dalam atau luar kampus, termasuk mereka boleh menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya.

“Jadi, semua itu sudah dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk perkara seperti dicadangkan Yang Berhormat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) dalam soalan tambahan meminta kementerian menjelaskan apakah kelonggaran akan diberikan untuk parti politik menubuhkan cawangan mereka di kampus universiti bagi menyuburkan amalan demokrasi dan membudayakan politik matang selaras dengan reformasi pendidikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya