PARLIMEN: Menu makanan asrama tepati syarat

PARLIMEN: Menu makanan asrama tepati syarat

FADHLINA SIDEK

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memastikan menu makanan di asrama disediakan dengan mengambil kira keperluan murid iaitu berdasarkan saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, keperluan bagi murid sekolah rendah adalah antara 1,800 hingga 2,000 kilokalori sehari dan  pelajar sekolah menengah pula adalah antara 2,000 hingga 2,600 kilokalori sehari.

“Anggaran keperluan kalori itu berdasarkan tahap fizikal murid dengan pelajar di asrama dikategorikan dalam kumpulan murid aktif.

“Menu makanan asrama memenuhi piramid makanan Malaysia, mengambil kira kumpulan makanan iaitu bijirin, buah, sayuran, protein dan susu. Kaedah penyediaan berkhasiat ditekankan dengan mengurangkan penggunaan minyak, garam dan gula dalam hidangan.

“KPM dan KKM dari semasa ke semasa akan memantau kualiti makanan, berdasarkan rujukan dan pemantauan secara berkala. Setakat ini makanan dibekalkan di asrama memenuhi kualiti dan menjaga keperluan nutrisi murid,” katanya dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN