Parlimen: Kerajaan tidak batalkan projek kerajaan terdahulu

Parlimen: Kerajaan tidak batalkan projek kerajaan terdahulu

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak pernah membatalkan mana-mana projek sejak menjadi kerajaan kira-kira empat bulan lalu. 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan hari ini mengambil kira beberapa kriteria sebelum menyerahkan projek itu bagi pelaksanaannya. 

“Mengenai masjid di Pendang, setakat ini saya boleh sebut dalam Dewan ini, tidak ada satu projek pun yang kami potong setelah kami ambil alih termasuklah semua ini. 

“Cuma pelaksanaannya di peringkat Kementerian ekonomi, kita meluluskan peruntukkan itu berdasarkan kriteria-kriteria kemudian ia diserahkan kepada agensi pelaksana. 

“Jadi agensi pelaksana itu dalam perkara ini adalah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan perkara itu dari segi perolehan, pengambilan tanah, pembinaan semua itu akan diuruskan NCIA,” katanya ketika sesi penggulungan kementerian tersebut. 

Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu perkara tersebut selepas dicelah oleh Awang Hashing (Pendang-PN) yang minta supaya pembinaan masjid di kawasannya dipercepatkan ekoran kepadatan pengunjung masjid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.