PARLIMEN: Harga MSAP lebih rendah berbanding sebelum ini

PARLIMEN: Harga MSAP lebih rendah berbanding sebelum ini

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Harga Standard Mandatori mengenai Harga Capaian (MSAP) dijamin lebih rendah berbanding MSAP sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, harga baharu untuk 2023 adalah RM254.64 sebulan dengan mengambil contoh harga perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Mbps.

Menurut beliau, harga itu lebih rendah berbanding RM 515 sebulan dalam MASP sebelum ini.

“Oleh yang demikian, ia dapat mengurangkan kos kepada penerima perkhidmatan capaian yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap kepada pengguna.

“Secara tidak langsung, perkhidmatan yang diberi kepada pengguna di peringkat runcit boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan berdaya saing atau pada kelajuan yang lebih tinggi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Khoo Poay Tiong (PH – Kota Melaka) meminta menteri menjelaskan mengenai MASP yang dilaksanakan bermula 1 Mac 2023.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN