PARLIMEN: Cadang warta 30 barangan skim SHMMP Aidilfitri

PARLIMEN: Cadang warta 30 barangan SHMMP Aidilfitri

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 barang dicadang dimasukkan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, cadangan itu akan dibincangkan bersama pemain-pemain industri utama. 

Katanya, antara yang terlibat adalah syarikat membabitkan pembekalan barang mentah, barang kawalan dan barangan keperluan rakyat.

“Tempoh pelaksanaan SHMMP itu juga dicadangkan untuk diadakan pada tujuh hari sebelum perayaan, dua hari semasa dan tujuh hari selepas Aidilfitri.

“Ia bagi memberikan kelegaan kepada masyarakat untuk berbelanja bagi menyambut perayaan Aidilfitri nanti,” katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Salahuddin, pihaknya akan mengumumkan perkara berkenaan minggu depan.

Sebelum ini, kerajaan mewartakan lapan jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2023 bermula 15 hingga 29 Januari lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya