Parlimen: Beri imbuhan kepada usahawan TEKUN tawar Menu Rahmah - Utusan Malaysia

Parlimen: Beri imbuhan kepada usahawan TEKUN tawar Menu Rahmah

KONSEP Menu Rahmah kini tertumpu kepada sektor makanan. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) digesa memberikan imbuhan kepada usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang menawarkan Menu Rahmah.

Gesaan itu dibuat Cha Kee Chin (PH-Rasah) supaya ia dapat membantu usahawan TEKUN yang terlibat dengan Menu Rahmah dalam mendepani kenaikan kos harga bahan mentah untuk berniaga.

“Saya mohon TEKUN memberikan imbuhan kepada peniaga-peniaga yang menyediakan Menu Rahmah, mereka jual dengan harga bawah RM5 suatu yang sangat baik untuk mengurangkan beban rakyat.

“Jadi bagaimana kita nak beri galakan supaya lebih banyak peniaga, restoran, kedai makan terlibat menawarkan Menu Rahmah, jadi apakah ada apa-apa dana khas untuk mereka, kalau tidak mereka akan cakap kita jual murah, kos barang, bahan mentah semua sama (mahal) tak ada keuntungan, saya mohon kementerian beri galakan kepada mereka,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya