NGO anjur buka puasa kumpul dana mangsa gempa

NGO anjur buka puasa kumpul dana mangsa gempa

SALAH seorang petugas sukarelawan menyerahkan tabung kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dalam misi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sejagat Relief dan gabungan Aid4Turkiye akan mengadakan majlis berbuka puasa amal pada 25 Mac ini.

Sejagat Relief dalam satu kenyataan berkata, majlis amal itu diadakan bertujuan untuk mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Katanya, sumbangan dan bantuan kewangan yang besar diperlukan untuk memulihkan kerosakan akibat gempa bumi yang berlaku di Turkiye.

“Oleh itu, Sejagat Relief bersama gabungan Aid4Turkiye&Syria mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bagi mengumpulkan dana untuk membantu mereka di sana.

“Insya-Allah, majlis ini ini akan turut diserikan dengan kehadiran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama empat Menteri Besar dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis,” kata di sini hari ini.

Dalam pada itu,  Sejagat Relief berharap lebih banyak syarikat korporat, pihak NGO dan individu persendirian menyertai majlis berbuka puasa bagi mengumpul dana membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Sejak awal gempa bumi melanda, Sejagat Relief telah menghantar pelbagai sumbangan bagi membantu mangsa yang terlibat.

“Sehingga kini, Sejagat Relief bersama 39 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bergabung bersama dalam mengumpulkan dana untuk membantu lebih ramai lagi mangsa,” katanya.

Bagi maklumat lanjut mengenai majlis berbuka puasa amal, boleh berhubung dengan Norhafiza Fadzil di talian 018-3854483

Sementara itu, dalam perkembangan lain, gabungan Aid4Turkiye menerima sumbangan sebanyak RM719,798 daripada Pas Terengganu untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN