Mahathir gesa Melayu utamakan calon Melayu pada PRU

Mahathir gesa Melayu utamakan calon Melayu pada PRU

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, pilihan itu perlu dibuat tanpa terikat kepada kesetiaan terhadap mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, pilihan pengundi Melayu pada PRU akan datang membawa kesan besar terhadap masa depan negara.

“Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO.

“Siapa dianya calon Melayu, itu akan diberitahu semasa PRU,” katanya menerusi surat terbuka yang disiarkan di akaun media sosialnya.

Dr. Mahathir berkata, kesetiaan orang Melayu kepada parti atau puak tertentu boleh menyebabkan kepentingan bangsa Melayu terhakis.

“Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini. Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN