Iran akan bertindak balas jika AS langgar MoU damai - Utusan Malaysia

Iran akan bertindak balas jika AS langgar MoU damai

DELEGASI AS akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengantara di Doha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran akan bertindak balas terhadap sebarang pelanggaran oleh Amerika Syarikat (AS)  ke atas memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan menamatkan perang di Asia Barat, kata jurucakap Kementerian Luar negara itu pada Selasa.

Beliau berkata demikian  ketika delegasi daripada kedua-dua pihak dijangka berada di Qatar bagi mengadakan rundingan tidak langsung mengenai perjanjian tersebut.

“Kami tidak akan membiarkan sebarang tindakan tanpa dibalas, seperti yang telah dibuktikan oleh angkatan tentera Iran yang berkeupayaan tinggi, sebarang tindakan pencerobohan terhadap kepentingan Republik Islam Iran akan menerima tindak balas segera dan tegas,” kata Esmaeil Baqaei kepada pemberita dalam sidang media mingguannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan sedemikian merupakan pelanggaran terhadap Perkara 1 MoU itu. Sudah tentu, jika pelanggaran seperti ini berulang dan berterusan, proses ini akan berdepan kesukaran untuk diteruskan,” tambahnya.

Sementara itu, Qatar yang bertindak sebagai pengantara berkata pada Selasa bahawa tiada mesyuarat peringkat tinggi atau rundingan secara langsung antara AS dan Iran dijadualkan berlangsung di Doha selepas Washington memaklumkan bahawa ia telah menghantar satu delegasi kanan bagi tujuan rundingan.

“Setakat pengetahuan saya, tiada mesyuarat secara langsung dijadualkan antara kedua-dua pihak dalam beberapa hari akan datang,” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari, kepada pemberita di Doha.

Beliau menambah bahawa delegasi Amerika akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengantara.

“Setakat yang saya tahu, tiada mesyuarat peringkat tinggi antara kedua-dua pihak,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini