Nazif mahu amal konsep pintu terbuka

Nazif mahu amal konsep pintu terbuka

NAZIFUDDIN Najib (duduk, tengah) bersama sebahagian Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Langkawi yang baharu selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Langkawi di Hotel Bayview, Kuah. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Datuk Mohd. Nazifuddin Najib mahu mengamalkan konsep pintu terbuka dan memastikan proses keahlian UMNO di sini dipercepat bagi membolehkan parti itu menerima lebih ramai ahli.

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata, beliau mahu membawa perubahan terutamanya bagi golongan muda selepas berjaya menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi bagi sesi 2023-2026.

“Saya harap di Langkawi kita akan buat sistem sendiri, di mana kita akan terima ahli dengan cepat walaupun kita perlu proses (keahlian) dulu dengan pusat.

“Saya akan buat konsep pintu terbuka di mana saya akan terima parti-parti lain yang akan bersama dengan kita. Kalau mereka nak pindah ke UMNO dan mula aktif bersama UMNO lagi dialu-alukan,” katanya ketika ditemui, malam tadi.

Nazifudin juga berhasrat mahu merapatkan saf dalam UMNO bahagian itu bagi menjadikannya kubu kuat parti berkenaan selain berjanji akan membantu menyelesaikan masalah penduduk terutamanya yang berkait dengan pelancongan seperti isu feri.

Sementara itu, pihaknya akan menunggu hala tuju daripada pucuk pimpinan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja selepas Jun.

“Paling utama sekarang kita nak tahu hala tuju daripada pusat, daripada pucuk pimpinan macam mana kita nak bersiap untuk PRN akan datang. 

“Saya berharap juga akan berjumpa dengan parti-parti komponen dan parti dalam kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan mereka. 

“Apa-apa pun kita nak ke arah kestabilan Malaysia dan kita nak satu perpaduan bersama parti-parti lain untuk memenangi PRN akan datang,” katanya.

Nazifudin kini menyandang jawatan tersebut apabila menang tipis selepas menewaskan Nor Saidi Nanyan yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi pula disandang oleh Datuk Armishah Siraj yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian Langkawi, Ummi Kalsom Abd. Muthalib pula menang bagi jawatan Naib Ketua UMNO bahagian itu. –utusan

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya