Dua kereta bertembung, tiga cedera

Dua kereta bertembung, tiga cedera

KEADAAN Nissan Almera yang remuk pada bahagian hadapan selepas terlibat dalam nahas di Jalan Tehel-Bemban, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Tiga cedera termasuk seorang pelajar tingkatan satu selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Tehel-Bemban di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, G. Jamunarani, 41, yang memandu kereta Nissan Sentra patah tangan kanan manakala anaknya, N. Deepthikka, 13, cedera pada mata kiri.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Nur Putra Assyarafaiin Zuhari, 22, yang memandu kereta Nissan Almera mengalami sakit dada.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian Nissan Almera dalam perjalanan dari arah Melaka ke Bemban.

“Nissan Sentra yang dipandu seorang wanita sedang menuju ke Melaka dari arah Bemban kerana mahu menghantar anaknya ke sekolah. Setibanya di selekoh Jalan Bemban-Tehel, Nissan Almera hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Nissan Sentra.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu Nissan Sentra mengalami patah tangan kanan manakala anak perempuannya cedera pada mata kiri. Pemandu Nissan Almera pula mengalami sakit dada,” katanya kepada pemberita.

Tambah Ahmad Jamil, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN