Nama Uqasha Senrose trending kerana buli

Nama Uqasha Senrose trending kerana buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama pelakon, Uqasha Senrose tidak semena-mena menjadi tular di Twitter selepas dikaitkan dengan kes buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah, 15 tahun lalu.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama akaun Ayla @ImZawani yang membuat pengakuan secara terbuka dirinya pernah menjadi mangsa buli Uqasha semasa zaman sekolah menengah.

Wanita itu berkata, insiden buli itu menyebabkan dirinya mengalami kemurungan sehingga hampir mengambil tindakan paling bahaya dalam hidup.

“Saya terpaksa berpindah ke sekolah lain untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya tidak akan maafkan dia,” tulisnya di Twitter.

Pengguna sama turut berasa kecewa kerana aspek kesihatan mental pelajar tidak dipandang berat ketika zamannya bersekolah dahulu.

“Yang tak pernah kena buli itu patut bersyukur atau mungkin kalian yang kaki buli.

“Zaman saya dahulu tiada siapa kisah tentang kesihatan mental. Bukan macam sekarang,” luahnya.

Dalam masa sama, wanita yang mendakwa dirinya mangsa buli menegur komen-komen netizen yang memandang ringan terhadap kes buli yang dialaminya.

“Tak kena batang hidung sendiri bolehlah gelakkan pengalaman orang. Kenapa nak pertahankan artis? Dapat duit ke? Dia tak kenal awak pun,” katanya.

Menerusi pendedahan itu, dia turut menyertakan bahan bukti seperti gambar dirinya menuntut di sekolah yang sama dengan Uqasha serta mesej dari aktres tersebut.

Bagaimanapun, ciapan Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan kenapa pendedahan tersebut dibuat ketika Uqasha sedang melalui dugaan besar dalam hidup.

Dalam pada itu, Uqasha meluahkan kekesalan apabila dirinya dituduh menjadi mangsa fitnah dan pembuli semasa zaman persekolahan dengan hanya berdasarkan sekeping gambar.

“Allahuakbar, MasyaAllah, Subhanallah. Lepas apa yang jadi sangat besar pada saya dan suami, ada pula yang fitnah saya sebagai pembuli.

“Dengan satu gambar itu saya sudah dicop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa ini dan gambar itu siapa yang ceria?” soalnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.