Muhyiddin tiba hadapi pertuduhan

Muhyiddin tiba hadapi pertuduhan

MUHYIDDIN Yassin bersama Noorainee Abdul Rahman tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan mahkamah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Bekas Perdana Menteri itu yang memakai suit tiba bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada pukul 8.40 pagi dengan ditemani beberapa anggota keluarga.

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

MUHYIDDIN Yassin bersama Noorainee Abdul Rahman tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan mahkamah.

Pada hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.

Kesemua nilai berkenaan disyaki hasil daripada 30 rasuah yang diterima Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mendapatkan projek kepada kontraktor.

Pertuduhan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 berkaitan dana Jana Wibawa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum itu mengesahkan Muhyiddin akan didakwa di mahkamah di sini hari ini.

Semalam beliau dipanggil Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berkenaan kes tersebut.

 

 

 

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden , Datuk Dr. Radzi Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.