Muhyiddin  serah kedudukan Presiden kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Muhyiddin serah kedudukan Presiden kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

MUHYIDDIN Yassin semasa tiba di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada kekal sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditentukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Muhyiddin berkata, beliau akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan badan tertinggi Bersatu itu.

“Saya akan bawa dalam MPT untuk mereka memutuskan kerana saya berbeza dengan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebab Presiden dipilih.

“Saya serahkan kepada mesyuarat MPT dalam masa terdekat. Apa juga keputusan, saya akan akur,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau ditanya berhubung kedudukannya sebagai Presiden Bersatu setelah menghadapi enam pertuduhan kes mahkamah termasuk empat dakwaan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta.

Wan Saiful sebelum ini melepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu setelah berdepan kes mahkamah baru-baru ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di atas empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin, 76, didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232,500,000 bagi parti tersebut.

Selain itu, beliau menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN