Muhyiddin dibebaskan sebelum ke mahkamah esok

Muhyiddin dibebaskan sebelum ke mahkamah esok

ANTARA penyokong Muhyiddin Yassin yang berkumpul di luar ibu pejabat SPRM, Putrajaya. pagi tadi - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan ditahan sebaliknya akan dibebaskan sebaik sahaja keterangannya diambil.

Satu sumber mendedahkan, beliau bagaimanapun akan dibebaskan dengan jaminan sebelum diminta hadir ke Mahkamah esok.

“SPRM tidak akan tahan, dia akan pergi ke mahkamah esok,” kata sumber itu secara ringkas.

Terdahulu, Muhyiddin dilihat tiba di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada jam 11.15 pagi, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sehingga kini, Muhyiddin didapati belum lagi selesai diambil keterangan oleh SPRM.

Lebih 100 penyokong dilihat berkumpul di luar bangunan SPRM sejak pukul 9 pagi tadi bagi menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Turut hadir beberapa pimpinan tertinggi Bersatu dan PN termasuk Ahli Parlimen Bersatu dan PAS termasuk Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Hadir sama Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.