MPO martabatkan kandungan tempatan - Utusan Malaysia

MPO martabatkan kandungan tempatan

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 - Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose bercakap ketika sidang akhbar The Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) Konsert Sepanjang Zaman di Traders Hotel di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - AL - FAIZAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) terus memainkan peranan dalam memartabatkan kandungan-kandungan kreatif tempatan termasuk lagu-lagu Melayu dan asli.

Pengarah, Pengurusan dan Pembangunan Bakat Muzik MPO, Ahmad Muriz Che Rose berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pemain industri seni tanah air bagi tujuan tersebut.

“MPO adalah khazanah negara yang sentiasa memartabatkan kandungan-kandungan tempatan.

“Kami akan terus merujuk pemain-pemain industri untuk mendapatkan pandangan mereka tentang lagu-lagu tempatan yang perlu kami ketengahkan pada platform kami.

“Ini adalah usaha MPO dalam meletakkan lagu-lagu tempatan pada aras yang sepatutnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kongsi Ahmad Muriz, MPO sejak awal penubuhannya sentiasa kedepan dalam memartabatkan kandungan-kandungan tempatan.

“Antara yang telah kami laksanakan adalah penghasilan sebuah album instrumental yang mengandungi dua buah cakera padat (CD) menampilkan seleksi lagu-lagu tradisional.

“Kami akan terus pelbagaikan kandungan tempatan menerusi platform yang ada di masa akan datang,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya