Mohd. Puad desak jangan tangguh keadilan buat Najib

Mohd. Puad desak jangan tangguh keadilan buat Najib

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendesak supaya keadilan untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi ditangguhkan. 

Menurut beliau, ini kerana rakyat ingin tahu siasatan terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mempunyai bukti sama ada wujud konflik kepentingan dan pelanggaran etika yang membolehkannya didakwa. 

Katanya, ini kerana sudah masuk 21 hari Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu Parlimen bahawa laporan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd. Nazlan sudah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

“Apakah adil, keadilan untuk Najib tertangguh? Apakah adil tiada tindakan diambil sebelum keputusan semakan kehakiman dalam kes SRC (SRC International Sdn. Bhd.) Najib diputuskan? 

“Rakyat ingin tahu jika benar siasatan terhadap Nazlan membuktikan memang wujud ‘konflik kepentingan’ dan ‘pelanggaran etika’ yang membolehkan Hakim Nazlan didakwa. Sebab itu dedahkan sahaja hasil siasatan SPRM itu pada orang ramai. 

“Tahniah Azalina kerana beritahu Parlimen laporan itu telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. 

“Tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abd. Hamid “Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri” amat tajam dan jadi hujah penting bahawa tidak ada sebab SPRM tidak boleh menyiasat seseorang hakim (saya akan komen esok). Tetapi hari ini kita mendesak jangan tangguh keadilan untuk Datuk Najib Razak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Hakim Mohd. Nazlan merupakan hakim yang menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapatinya bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik negara, SRC International Sdn. Bhd. (SRC International). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya