Mengapa hina anak muda kurang berpelajaran sokong parti

Mengapa hina anak muda kurang berpelajaran sokong parti? – Rina Harun

RINA MOHD HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun,menyelar tindakan mana-mana pihak yang tergamak melontar penghinaan terhadap penyokong muda yang menyatakan kesetiaan kepada Perikatan Nasional (PN).

Menurut Rina, tidak seharusnya kepercayaan dan sokongan anak muda terhadap parti diperlekehkan kerana sumbangan mereka juga mampu menyuntik impak buat sesebuah parti.

“Jangan perlekehkan dan jangan kata anak muda yang tak ada pelajaran saja yang sokong PN. Hinanya sehingga tergamak memandang orang yang kurang berpelajaran? Parti mana itu?

“Kita lihat juga di platform media sosial seperti Tiktok di mana anak muda berani menyuarakan sokongan dan bangkit bersama parti. Inilah yang sebenarnya menggegar dan menakutkan mereka.

“Sebelum jadi kerajaan, mereka kata nak suara rakyat didengari, tetapi setelah jadi kerajaan, cakap sikit terus surat saman datang melayang. Sikit-sikit saman sehingga ada gelaran baru, ‘Bapa saman negara’, “katanya.

Rina berkata demikian semasa menghadiri Persidangan Agung Tahunan Srikandi Bersatu Malaysia 2022 yang diadakan di Menara PGRM, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Selain itu, Rina berkata, Srikandi juga sedar parti Bersatu kini bagaikan diserang di pelbagai penjuru selain tidak menolak bahawa wujudnya hasrat sesetengah pihak yang mahu melihat parti ini berkubur.

“Kalau boleh mereka nak tanam hidup-hidup parti Bersatu ini. Dulu, bila kita naikkan bendera PN warna biru, ada juga yang berbunyi dan cadang tukar warna lain kerana didakwa mengelirukan dan disamakan dengan warna bendera Barisan Nasional (BN).

“Tetapi, saya kira itulah sebenarnya keputusan yang bijaksana daripada pemimpin kita keeana biru inilah yang akan menggantikan BN.

“Justeru, meskipun dilanda pelbagai dugaan dan cabaran kini, saya harap semua ahli Srikandi akan terus sepakat dan setia bersama kepimpinan parti,”katanya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya