McD, KFC tawar Menu Rahmah bermula bulan ini - Utusan Malaysia

McD, KFC tawar Menu Rahmah bermula bulan ini

SALAHUDDIN Ayub (kiri) menampal plak Menu Rahmah di sebuah gerai makanan pada Program Jelajah Menu Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah di sebuah restoran di Wakaf Tok Pelam, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Rangkaian makanan segera, McDonald’s (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC) dan The Manhattan Fish Market akan menawarkan Menu Rahmah bermula bulan ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, francais makanan popular itu telah menyatakan kesediaan menyertai inisiatif kerajaan tersebut.

Beliau berkata, antara rangkaian makanan segera yang menawarkan Menu Rahmah sejak bulan lalu adalah Burger King, Marrybrown, A&W dan terbaharu, Domino’s Pizza.

“Setakat ini, terdapat 1,142 premis makanan di seluruh negara melibatkan restoran dan kedai makan sudah turut serta dalam inisiatif Menu Rahmah kepada pelanggan.

“Jumlah itu dijangka terus bertambah menjelang bulan Ramadan berdasarkan ‘trend’ pengusaha makanan mahu mengambil bahagian meringankan beban rakyat.

“Ini termasuk rangkaian makanan segera yang tidak ketinggalan menunjukkan sambutan dan maklum balas positif untuk menawarkan Menu Rahmah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Program Jelajah Menu Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah di sebuah restoran di Wakaf Tok Pelam di sini, hari ini.

Tambah beliau, KPDN mengajak lebih banyak pemain industri makanan untuk terus bersama-sama menjayakan aspirasi bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya