MBI mohon naik taraf rumput Zeon Zoysia Stadium Perak - Utusan Malaysia

MBI mohon naik taraf rumput Zeon Zoysia Stadium Perak

RUMAIZI Baharin (tengah) bersama anak yatim pada majlis berbuka puasa di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah menghantar permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menggantikan rumput di Stadium Perak di sini kepada rumput jenis Zeon Zoysia seperti yang digunakan di padang rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, rumput jenis cow grass digunakan di Stadium Perak sejak tahun 1997 dan sudah berusia 26 tahun.

“Kita sudah hantar surat permohonan mengenai perkara itu kepada Menteri Belia dan Sukan dua hari lalu dan diharapkan permohonan itu akan diluluskan.

“Kita nak ganti rumput baharu terlebih dulu dan selepas itu penyelenggaraan kita akan buat.

“MBI akan melobi supaya perlawanan antarabangsa diadakan di Stadium Perak jika permohonan ini berjaya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa MBI bersama ana yatim di sini semalam.

KBS pada 7 Mac lepas menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang terpilih.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama Exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.