ALOR SETAR: Masalah bekalan air di Kedah tidak sampai ke tahap krisis meskipun terjejas, berikutan fenomena La Nina yang membawa kemarau berpanjangan di utara tanah air ketika ini. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, sumber air mentah di negeri ini juga tidak terjejas memandangkan takungan sedia ada mencukupi yang disahkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) selaku pengendali empangan-empangan di negeri ini. “Cumanya apabila musim kemarau, banyak pam…