KUALA LUMPUR : Golongan millennial, berumur 25 hingga 44 tahun di Malaysia mencatat peningkatan membimbangkan dalam jumlah individu yang diisytihar muflis sejak lima tahun lalu.
Daripada jumlah tersebut, 60 peratus daripada keseluruhan individu muflis merupakan golongan muda.
Menyedari bahawa kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan harus dipupuk dari awal, Lulus.my mengambil inisiatif untuk meluaskan lagi kempen mengenai perkara itu bagi memberi kesedaran di kalangan orang muda.
Menerusi pelantikan penyanyi dan komposer Ryan Deedat sebagai duta kepada syarikat perundingan dan penyelesaian masalah kewangan itu, Pengarah Urusan Lulus.my, Hasrul Syafiq, yakin sasaran itu dapat dicapai.
“Kami menawarkan perkhidmatan yang komprehensif termasuk penyatuan hutang, pembiayaan semula rumah dan pembaikan kredit terutamanya kepada kakitangan Awam, GLC dan juga kakitangan bank terpilih.
“Kami juga pakar dalam membersihkan rekod senarai hitam CCRIS dan CTOS, saman serta isu berkaitan muflis.Dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan, kami dapat membantu rakyat Malaysia melalui strategi dan jalan penyelesaian yang holistik dan mengikut kesesuaian kepada cabaran kewangan individu tersebut.
“Selain itu, kami juga memberi ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan dan hutang untuk membantu rakyat Malaysia sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang cabaran kewangan pada masa akan datang.”ujarnya.
Selain itu, Hasrul berkata pasukannya terdiri daripada bekas kakitangan bank yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kredit dan hutang.
Malah,keputusan menjadikan Ryan Deedat sebagai Duta bagi melebarkan nama mereka di persada dunia perniagaan pengurusan kewangan dan hutang juga dilihat dapat membantu memberi kefahaman yang lebih buat golongan muda khususnya.
“Bersama pelantikan Ryan Deedat sebagai duta, kami yakin akan terus menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan yang dihargai apalagi menerusi pendekatan secara edutainment.
“ Dengan adanya edutainment ini, ia boleh membantu lebih ramai pelanggan yang gemar mengunakan media sosial sebagai tempat untuk mendapatkan informasi.
“Ryan juga merupakan pelajar sarjana pengurusan perniagaan jadi kami percaya dia mempunyai pengetahuan tentang ilmu dalam kewangan. Ini dapat membantu masyarakat untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu kewangan,”katanya.










