LPPSA tawar e-Kaunter untuk kemudahan pelanggan

LPPSA tawar e-Kaunter untuk kemudahan pelanggan

AHMAD Maslan melancarkan gimik perasmian e-kaunter dan piagam pelanggan LPPSA di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kini tampil menawarkan e-Kaunter bagi pelanggannya mudah berhubung menerusi panggilan video.

Platform komunikasi baharu atas talian itu turut membolehkan rakan kerjasama agensi berkenaan tidak perlu lagi hadir untuk berurusan secara fizikal ke premisnya di Putrajaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd. Farid Nawawi, wadah tersebut antara usaha agensi itu menambah baik penyampaian perkhidmatan dan memudahkan urusan.

“Pelbagai perkhidmatan ada disediakan termasuk konsultasi bagi pengiraan kelayakan, semakan tunggakan, pertanyaan status pinjaman dan penghantaran dokumen meliputi notis pemaklumaan persaraan, kematian peminjam, dan lain-lain perkhidmatan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan perasmian e-Kaunter oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang turut melancarkan Piagam Pelanggan LPPSA baharu, di sini hari ini.

Mohd. Farid berkata, platform ini turut terbuka kepada semua pelanggan LPPSA yang lain termasuklah pihak peguam perumahan, pemaju hartanah dan pihak yang berkepentingan.

Dengan ada e-Kaunter jelasnya, agensi itu berharap ia membantu memudahkan urusan permohonan pembiayaan dan pemantauan oleh penjawat awam semudah di hujung jari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya