Lepas 2.63 juta benih ikan, udang galah untuk manfaat nelayan

Lepas 2.63 juta benih ikan, udang galah untuk manfaat nelayan

YAZEEREEN A. Bakar (kanan) pada majlis pelepasan benih udang galah di Jeti Nelayan Lebuh Banting, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam. – FOTO/ISWAN SHAFIQ ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Sebanyak 2.63 juta benih ikan dan udang galah dilepaskan ke perairan umum di negeri ini membabitkan peruntukan berjumlah RM388,000 sejak tujuh tahun lalu.

Pengarah Perikanan negeri, Yazeereen A. Bakar berkata, secara amnya, pelepasan itu dilihat bermanfaat kepada penduduk setempat selain memberi manfaat khusus kepada kira-kira 345 orang nelayan darat di seluruh Pulau Pinang.

Beliau berkata, ia bertujuan menambah, mengekalkan ser­ta melindungi stok udang galah dan ikan yang terdapat di perairan umum selain dijadikan sebahagian kalendar aktiviti Jabatan Perikanan negeri yang dilakukan secara berkala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terbaharu, katanya, seba­nyak 100,000 ekor benih udang galah dilepaskan hari ini dengan peruntukan seba­nyak RM10,000 di Jeti Nelayan Lebuh Banting, di sini.

“Program ini (pelepasan udang galah) bertujuan memastikan stok udang galah di sepanjang Sungai Kulim khu­susnya berkekalan demi mengelakkan kepupusan sum­ber perikanan sedia ada.

“Pertambahan stok ini pen­ting untuk meningkatkan eko­nomi nelayan setempat di se­panjang Sungai Kulim dan limpahannya juga mengalir hingga ke Sungai Perai selain boleh menjadi aktiviti riadah kepada pemancing.

“Apabila stok udang galah ini bertambah, pendapatan nelayan juga akan meningkat,” katanya pada program pelepasan itu, semalam.

Tambah Yazeereen, usaha itu pastinya memberi kesan positif kerana merupakan sa­lah satu kaedah memelihara serta memulihara pelbagai hi­dupan sungai yang semakin pupus selain mampu menjana pendapatan nelayan dan penduduk setempat.

Selain program pelepasan udang galah itu, Jabatan Perikanan negeri turut mengadakan Program Kajian Inventori Sungai di lokasi yang sama dengan kerjasama Koperasi Nelayan Darat Labuh Banting antara 13 hingga 16 Januari tahun lepas.

Program itu melibatkan se­ramai 20 peserta terdiri daripada nelayan dan kakitangan Jabatan Perikanan Pulau Pi­nang menggunakan pelbagai peralatan menangkap ikan seperti jaring dengan pelbagai saiz mata pukat, jala, pukat cekam serta pancing.

Jumlah hasil tangkapan yang diperolehi sepanjang em­pat hari program itu adalah sebanyak 427.8 kilogram (kg) melibatkan 21 spesies ikan dan udang galah merupakan spesies yang paling banyak ditangkap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini