Lelaki hilang keluar memikat burung ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Lelaki hilang keluar memikat burung ditemukan selamat

MOHD. AZANI ALIAS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memikat burung di dalam hutan di Bukit Sudu dekat Kampung Pondok Lalang di sini sejak Isnin lalu ditemukan selamat, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, berkata, mangsa berjaya keluar daripada hutan terbabit melalui Kampung Lingai dekat Batu Rakit, pada pukul 3.40 petang tadi.

Menurut beliau, mangsa, Mohd. Azani Alias, 37, kemudian dibawa oleh salah seorang penduduk kampung ke Pos Kawalan Operasi di Bukit Sudu untuk tindakan lanjut.

“Ketika dihantar ke Pos Kawalan Operasi, mangsa dalam keadaan baik dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Pihak polis akan mengambil keterangan mangsa berhubung kes ini sebaik mangsa selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di HSNZ.

“Berikutan penemuan mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada 4 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan kehilangan Mohd. Azani yang juga seorang buruh yang masuk ke dalam hutan di Bukit Sudu untuk memikat burung, namun tidak pulang ke rumah selepas 24 jam.

Operasi SAR oleh pihak berkuasa dan penduduk kampung yang bermula pda Selasa kemudian menemkan  sebuah motosikal EX5 berwarna merah di kawasan laluan denai dan anak sungai. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya