Lelaki ditemukan lemas ketika mandi laut - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan lemas ketika mandi laut

ANGGOTA bomba mengangkat mayat  Nabil Hussaimi Halimun Nawar  yang ditemukan lemas  berhampiran sebuah resort di Rhu Muda, Marang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas mandi di laut bersama lima rakannya berhampiran sebuah resort di Rhu Muda, di sini hari ini. 

Pegawai Bilik Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Rezuan Adnan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pukul 10.11 pagi. 

Menurutnya, berdasarkan laporan awal diterima kejadian berlaku sewaktu mangsa, Nabil Hussaimi Halimun Nawar, 22, sedang mandi-manda bersama rakan-rakannya. 

“Mangsa yang beralamat di Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Azhariah Seksyen 18, Shah Alam, Selangor  dipercayai lemas berjaya diselamatkan rakannya, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang terlibat dalam operasi berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.