Kilang proses serbuk cat terbakar

Kilang proses serbuk cat terbakar

KEADAAN kilang proses serbuk di Seksyen 13, Petaling Jaya yang hangus terbakar pagi tadi.

PETALING JAYA: Sebuah kilang memproses serbuk cat di Jalan 13/3, Seksyen 13, di sini hampir musnah terbakar dalam kejadian pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.42 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, seramai 29 anggota bersama 12 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Penchala, BBP Puchong, BBP Subang, BBP Kota Anggerik dan BBP Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses serbuk cat yang juga bangunan kelas A terbakar sebanyak 40 peratus.

“Proses pemadaman kini sedang dijalankan oleh pihak bomba dan tiada mangsa terbabit sehingga pukul 5.20 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.11 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh pihak bomba.

“Pihak bomba dan penyelamat tidak mengesan berlakunya tumpahan bahan kimia atau bahan berbahaya yang lain di tempat kebakaran,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`